Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAPKPB akan diperketatkan seperti PKP jika rakyat gagal patuhi SOP yang ditetapkan

PKPB akan diperketatkan seperti PKP jika rakyat gagal patuhi SOP yang ditetapkan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mungkin akan diperketatkan seperti PKP sebelum ini jika rakyat gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri berkata sejak PKPB dilaksanakan pada 4 Mei lalu dapat dilihat ramai yang mengambil kesempatan kebebasan tanpa syarat ini dengan keluar beramai-ramai serta membawa anak kecil ke pasaraya.

Menurutnya, pelaksanaan PKP baharu ini rakyat seolah-olah menganggap PKPB tiada undang-undang dan menggunakan kelonggaran ini dengan melakukan aktiviti riadah serta melepak di tempat umum.

“Saya nak tekankan bahawa undang-undang 342 masih berkuatkuasa seperti yang diwartakan sehingga 9 Jun depan.

“Walaupun diberi kelonggaran, kita mahu rakyat agar sentiasa patuh kepada setiap peraturan yang dikeluarkan kerana bimbang akan berlaku kes-kes baru dan mungkin akan meningkatkan lagi jumlah COVID di negara.

“Jadi saya ingin memberi peringatan bahawa PKPB tidak akan kekal terus sebagai PKPB dan mungkin ianya boleh diperketatkan semula,” ujar beliau.

Berbicara lanjut, beliau berkata peraturan akan sentiasa berubah sama ada diperketatkan ataupun dilonggarkan ianya bergantung kepada pematuhan rakyat.

“Ini tertakluk kepada pematuhan rakyat, jika berlaku banyak ketidakpatuhan ia tidak mustahil SOP seperti PKP satu, dua dan tiga akan dilaksanakan semula.

“Jika ingin terus PKPB di teruskan atau ditamatkan ianya bergantung kepada SOP dan pematuhan rakyat,” jelas beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments