Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAPKPD kawasan Pasar Borong KL ditamatkan hari ini

PKPD kawasan Pasar Borong KL ditamatkan hari ini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan sidang media harian COVID-19 (Non Health) dengan membicarakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau telah mengumumkan PKPD keenam di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur akan ditamatkan pada hari ini (12 Mei 2020).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah melakukan proses saringan COVID-19 ke atas semua penduduk yang terlibat.

Manakala bagi kawasan Selayang Baru Gombak pula, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan proses saringan.

“Ia mungkin akan memakan masa satu atau dua hari untuk menyelesaikan proses saringan berkenaan dan setelah selesai kita akan umumkan tarikh tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Selayang Baru Gombak”, ujar beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments