Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAATM ketuai Special Task Force kawal kemasukan PATI melalui ‘lorong tikus’

ATM ketuai Special Task Force kawal kemasukan PATI melalui ‘lorong tikus’

Pihak kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas khas (Special Task Force) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui lorong tikus.

Pasukan ini turut dianggotai oleh semua agensi beruniform. Kerajaan kini telah menyatukan pasukan khas dan aset yang sedia ada untuk mengawal sempadan negara dengan lebih tersusun dalam menangani masalah PATI.

Memetik ucapan Menteri Kanan Keselamatan, Dato’Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini akan dikawal rapi oleh satu pasukan khas yang akan diketuai oleh ATM dan pasukan ini akan mengawal kesemua lorong tikus yang ada.

Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas khas (Special Task Force) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 11 Mei 2020

“Kerajaan menubuhkan pasukan khas yang diketuai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal kemasukan warga asing di lorong tikus yang telah dikenal pasti”, ujar beliau.

Menurut beliau, beberapa kawasan yang dijadikan lorong tikus telah dikenal pasti antaranya di pantai barat, pantai timur Sabah dan Sarawak.

Pasukan khas ini akan mengawal pintu masuk yang tidak rasmi (lorong tikus) secara bersepadu malah kesemua aset juga akan disatukan supaya kawalan sempadan ini akan lebih tersusun.

“Polisi kita jelas, kita menutup pintu negara kita kepada warga asing, yang boleh masuk ke negara kita hanya rakyat Malaysia, itu pun perlu menjalani kuarantin secara wajib”, ujar beliau mengakhiri perkongsiannya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments