Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAKetahui risiko merokok ketika perut kosong

Ketahui risiko merokok ketika perut kosong

Amalan berbuka puasa dengan rokok boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan.

Menurut perkongsian Public Health, berpuasa lebih kurang 12 jam sehari pastinya tubuh memerlukan air, glukosa (gula) dan oksigen untuk menghasilkan tenaga, namun perbuatan merokok sebaik sahaja berbuka boleh memberikan kesan kejutan terhadap tubuh.

Ini kerana kesan asap rokok yang masuk ke dalam tubuh selepas seharian berpuasa akan menyebabkan saluran darah mengecut dan mengganggu saliran oksigen di dalam salur darah.

Bahkan, asap rokok juga menyebabkan darah menjadi lebih pekat, meningkatkan tekanan darah dan menganggu degupan jantung.

Situasi ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan risiko serangan jantung dan strok meningkat berkali ganda.

Amalan berpuasa terbukti banyak memberi manfaat kepada seseorang individu itu terutamanya dari segi aspek kesihatan.

Antara kesan positif yang diperolehi ialah ia mampu meningkatkan metabolisme tubuh, sensitiviti insulin, meningkatkan pengeluaran protein otak (fungsi otak) serta memperbaiki pola makanan.

Justeru, bulan Ramadhan merupakan antara tempoh terbaik untuk berhenti merokok dan amalkan gaya hidup sihat bebas rokok.

✅ Merokok sebaik sahaja berbuka puasa menyebabkan satu kejutan yang maha dasyat kepada tubuh. Manakan tidak, selepas…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Selasa, 12 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments