Friday, November 20, 2026
HomeBERITATiada kes berita palsu dalam tempoh dua minggu terkini

Tiada kes berita palsu dalam tempoh dua minggu terkini

Menteri Kanan Keselamatan , Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melaporkan tiada pertambahan kertas siasatan baharu berhubung berita palsu dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam tempoh dua minggu ini.

Jelas beliau, trend ini telah menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap kesalahan penyebaran berita palsu semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, PDRM dan SKMM akan terus membuat pemantauan ketat terhadap penyebaran berita palsu di pelbagai platform media massa.

Disamping itu, sehingga kini sebanyak 266 kertas siasatan telah dibuka dan 179 daripadanya masih dalam siasatan, 30 kes didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran serta 18 kes mengaku bersalah.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments