Saturday, June 22, 2024
HomeBERITASempoi MB Peja, berjoget sambil nyanyi lagu raya ‘Moh Ke Perak Kita...

Sempoi MB Peja, berjoget sambil nyanyi lagu raya ‘Moh Ke Perak Kita Beraya’

Pejam celik pejam celik sudah 19 hari kita meraikan Aidilfitri.

Sambutan Syawal di rumah ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sangat berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Namun, kemeriahan sambutan Aidilfitri tetap meriah diraikan dengan hidangan makanan enak dan sajian rancangan televisyen yang menghiburkan.

Video muzik lagu-lagu raya ‘evergreen’ dan baru menghiasi kaca TV dan siaran radio pula silih berganti memutar lagu-lagu popular raya yang menjadi hiburan halwa telinga pendengar.

Tidak ketinggalan, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu turut tampil menyumbangkan suara dengan lagu raya berjudul ‘Moh Ke Perak Kita Beraya’.

Jika sebelum ini kita mendengar dan menonton video persembahan lagu dalam bentuk animasi, rupanya MB Peja kita ni turut berjoget dalam video klip lagu terbabit bersama barisan artis popular lain antaranya Dato’ Jamal Abdillah dan Shiha Zikir.

Amboii! Boleh tahan juga ya Dato Seri! Jangan senget pinggang tu sudahlah ya!

Kepada anda yang mula bergerak ke kampung halaman, bolehlah putarkan lagu-lagu raya kegemaran sepanjang perjalanan pulang.

Jangan lupa turut dengar sekali lagu raya MB Peja kita ni ya!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Sempoi Abes Menteri Beso Perak👍🤭

Posted by Prince AlFateh on Thursday, 11 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments