Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 51 pulih, 31 kes baharu direkodkan

COVID-19 : 51 pulih, 31 kes baharu direkodkan

Perkembangan terkini COVID-19 pada hari ini (11 Jun), jumlah kes baharu positif adalah seramai 31 orang melibatkan 11 kes import dan 20 kes tempatan.

Bagi kes tempatan, 19 kes terdiri daripada individu bukan warganegara dan hanya satu kes melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes di Ulu Klang, Selangor dari saringan sekolah tahfiz.

Perincian dari 19 kes bukan warganegara melibatkan, 16 kes dari kluster Pedas di Negeri Sembilan, satu kes kluster tahfiz Kg Sg Lui, Selangor, satu kes kluster syarikat pembersihan Kuala Lumpur, dan satu kes saringan pekerja tapak binaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8, 369 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 51 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 7,065 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 1, 186 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 5 orang dan dimaklumkan tiada individu yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 118 kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 11 June 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments