Sunday, July 14, 2024
HomeBERITATiada kelulusan kepada NFO untuk mula beroperasi

Tiada kelulusan kepada NFO untuk mula beroperasi

Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyatakan pihak kerajaan menafikan kelulusan telah diberikan kepada Agensi Nombor Ramalan (NFO) iaitu Magnum 4D Berhad, Sports Toto Malaysia Bhd dan Pan Malaysia Pools Sdn Bhd (Damacai) untuk mula beroperasi pada 6 Mei 2020 seperti tular di media sosial.

Malah kesemua NFO telah diarahkan untuk menutup operasi sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

[4 Mei 2020, 8.00 Malam]‬‪PEMAKLUMAN BERITA PALSU‬‪Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di…

Dikirim oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM pada Senin, 04 Mei 2020

Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan visual di media sosial yang memaparkan orang ramai berpusu-pusu mengunjungi pusat belian borong di Jalan Pudu sehingga melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PDRM turut menjelaskan kesesakan terbabit terjadi kerana para pekerja sampai serentak dan terpaksa masuk melalui satu laluan sahaja untuk membuka semula premis perniagaan mereka.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk merujuk Telegram Rasmi MKN (https:/t.me/MKNRasmi) untuk mendapat maklumat yang sahih.

#tidakpastijangankongsi

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments