Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAHina Agong : 36 laporan polis dibuat terhadap 4 pemimpin PH

Hina Agong : 36 laporan polis dibuat terhadap 4 pemimpin PH

36 laporan polis telah dibuat terhadap 4 pemimpin Pakatan Harapan kerana didakwa menghina Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mereka ialah Bekas Menteri Pertahanan, Ahli Parlimen Kota Raja dan Presiden Parti AMANAH, YB Mohamad bin Sabu, Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abdul Samad, Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato’ Seri Dzulkefly Ahmad.

Menurut satu kenyataan media oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), ke semua laporan polis dibuat oleh UMMAH Pusat bersama dengan seluruh Cawangan UMMAH negeri-negeri serta wakil-wakil daripada NGO dan NGI mencakupi 9 negeri bermula jam 10 pagi hingga 6 petang semalam.

Memetik kenyataan itu lagi, UMMAH menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan, PH di dalam beberapa program berasingan telah menimbulkan kekeliruan kepada rakyat dan menanam sifat ketidaksetiaan kepada Al-Sultan Abdullah.

“Laporan ini juga bertujuan memohon pihak polis dan pihak berkuasa agar segera membuat siasatan keatas pemimpin-pemimpin PH berkenaan, di bawah akta Hasutan dan Kanun Keseksaan kerana boleh mencetuskan perpecahan dan menggugat keharmonian negara.

“UMMAH menyeru kepada seluruh NGO dan NGI di Malaysia yang cintakan negara ini untuk turut membuat laporan polis di mana-mana IPD Polis atau balai polis yang berdekatan dengan kediaman masing-masing mengenai kebiadapan pemimpin-pemimpin PH ini.

“UMMAH juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu dalam memelihara keharmonian Negara, dan meletakkan kesetiaan kepada Institusi Di Raja serta menghormati pemimpin yang dilantik dalam memastikan Negera terus aman dan sejahtera”, menurut kenyataan media UMMAH.

[ UPDATE: LAPORAN POLIS TERHADAP PEMIMPIN PH ATAS PENGHINAAN YDPA ]4 Mei 2020 – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Pusat…

Dikirim oleh Gerakan Pembela Ummah – UMMAH pada Senin, 04 Mei 2020

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments