Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAElak anak kecil kena ‘talcum powder poisoning’

Elak anak kecil kena ‘talcum powder poisoning’

Para ibu bapa pastinya mahu anak kecil mereka sentiasa wangi dan akan memastikan anak kecil berbedak setelah selesai mandi bukan?

Namun siapa sangka tindakan itu sebenarnya membahayakan kanak kanak kerana partikel bedak talcum yang halus itu boleh menyebabkan masalah pernafasan yang berpunca dari debu bedak berkenaan.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Dr Ahmad Luqman Bukhari, beliau berkata, “dulu saya pun ada jugak perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran daripada American Academy of Paediatric tentang bahaya perbuatan tu, terus saya stop serta merta”.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3059322687422790&id=100000352658144

Menurut beliau, risiko yang bakal dihadapi oleh bayi ialah jika terhidu berterusan debu bedak akan masuk ke dalam salur pernafasan dan boleh sampai ke paru-paru menyebabkan sering terbatuk, sesak nafas dan akhirnya mengalami jangkitan paru-paru yang serius (talcum powder poisoning)!

Menurut American Academy of Paediatric jugak, sedikit debu talkum pun cukup bahaya serta mampu merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil.

“Lagi-lagi bayi yang berisiko dan mempunyai sistem pernafasan sensitif seperti bayi pramatang, anak yang menghidap sakit jantung dan mempunyai breathing problem sejak lahir.

“Tak apalah kalau anak kita nampak comot sikit, tak berbedak wangi macam anak orang lain. Asalkan kesihatan dia tak terganggu,” kata beliau mengakhiri perkongsiannya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments