Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITAPDRM tidak berkompromi, pilih kasih perkara babitkan aktiviti pengganas - Ayob Khan...

PDRM tidak berkompromi, pilih kasih perkara babitkan aktiviti pengganas – Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR : Tiada isu pilih kasih sebaliknya mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti keganasan antarabangsa kita pasti akan mengambil tindakan.

Demikian tegas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika sidang medianya di Bukit Aman siang tadi.

Susulan itu, beliau turut memberi amaran supaya tiada pihak mengeksploitasi tangkapan terhadap suspek disyaki terbabit kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dengan menjadikannya isu perkauman.

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya sentiasa bertindak secara konsisten terhadap mana-mana kumpulan pengganas tanpa mengambil kira latar belakang mereka.

Untuk rekod, seramai 284 suspek terbabit Jemaah Islamiyah (JI) telah dicekup sejak 2001 hingga 2012.

Manakala sejumlah 512 suspek Daesh ditahan sejak 2013 hingga 2019.

Setakat 2009 hingga semalam, 25 ahli LTTE sudah ditahan.

“Tiada isu pilih kasih atau perkauman timbul kerana sebarang usaha dilihat boleh menggugat keselamatan negara, kami akan mengambil tindakan.

“Kenapa tiada pihak yang persoal apabila kita mengambil tindakan terhadap Daesh atau Sikh For Justice (SFJ), namun apabila kita tangkap LTTE dari satu kaum ia jadi isu perkauman,” katanya pada sidang media khas siang tadi.

Dalam perkembangan sama, Datuk Ayob turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak mempromosikan kumpulan pengganas itu di negara ini sedangkan mereka sudah kalah di Sri Lanka.

“Apa perlunya nak aktifkan semula LTTE? Adakah mahu perjuangkan wilayah di Malaysia? Ada banyak lagi negara yang menyenaraikan mereka sebagai pengganas.

“Polis akan terus memantau pergerakan kumpulan ini di Malaysia bagi memastikan ia tidak berkembang, malah tangkapan susulan akan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah faktor Malaysia dipilih sebagai lokasi gerakan mereka, ini jawab beliau.

“Faktor rakyat Malaysia terlalu peramah, baik, visa longgar, banyak kemudahan di Malaysia, kita alukan pihak luar. Ada sesetengah kumpulan yang tertentu atau pertubuhan tertentu di mana tiada di mana-mana negara Islam lain di dunia, mereka bebas di Malaysia.

Mereka eksploitasi isu perkauman, kenapa sebelum ini tak ada pertikaikan kita tangkap Daesh, IS, Sikh, tangkap LTTE dan satu kaum ini bawa isu perkauman. Jangan buat isu perkaunan sebab LTTE libat kaum India, kita buat isu perkauman”, katanya.

Turut dirampas bendera, buku, logo dan video.

LTTE telah aktif sejak tahun 1950an lagi, dan dunia telah melabelkan LTTE sebagai pengganas pada 2014

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments