Saturday, September 7, 2024
HomeBERITANorhizam Baktee antara penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran "Datuk" hari ini

Norhizam Baktee antara penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran “Datuk” hari ini

MELAKA: Exco paling kontroversi di Melaka, Norhizam Hassan Baktee bakal bergelar Datuk hari ini. Beliau yang juga Pengerusi Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, dan Timbalan Pengerusi DAP Melaka bakal menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Pengumuman senarai penerima di buat oleh Setiausaha Kerajaan Melaka, Datuk Hasim Hassan dalam satu sidang media.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului senarai 566 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri. Muhyiddin merupakan penerima tunggal Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri Pertanian dan Indutsri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Setiausaha Kerajaan Melaka, Datuk Hasim Hassan adalah antara 13 individu menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima DGSM lain ialah Ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Kamaluddin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif MAMEE Double Decker (M) Sdn Bhd., Datuk Pang Tee Nam, Teo Shiok Fu dan Pengerusi One Belt One Road (Chamber of Commerce), Principal GB Architect, Datuk Giles Bien Chia Hsui, Pengarah Lonnix (M) Sdn Bhd., Piong Teck Min, Pakar Perubatan Gastroenterologi Hospital Assunta, Datuk Seri Dr L.Suresh Raj, Pengarah Urusan TOBE Property, Tan Thian Lai.

Lapan penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira ialah Hakim Mahkamah Tinggi 1 Melaka, Datuk Ahmad Nasfy Yasin,Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia, Prof Dr Raha Abdul Rahim, Pengurus Perniagaan City Fair and Amusement, Liau Kim Choon, Pengarah syarikat Al-Khatiri Sdn Bhd., Datuk Shaikh Abdul Halim Shaikh Salah Marie AlKhatiri dan Pengarah Bunga Pertiwi Sdn Bhd., S. S. Bulwant Singh.

Seramai sembilan individu menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Melaka, Noor Effandi Ahmad; Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka, Ginie Lim Siew Lin; Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Dr Azhari Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Ibrahim Mohamed, Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Ashraf Mukhlis Minghat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Abdullah Isnin, Pengerusi PKR Melaka, Halim Bachik dan Pengerusi Eksekutif G3 Global Berhad, Wan Khalik Wan Muhammad.

77 individu menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Gue Teck, Duta Malaysia ke Indonesia, Zainal Abidin Bakar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, Loh Seck Tiong, Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr Kamarudin Min.

Pengarah Hospital Melaka, Dr Hatijah Mohd Tan, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Shamsul Ambia Abdul Aziz, Hakim Mahkamah Syariah Melaka, Mohd Nadzri Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Md Azhan Samat @ Limat, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin.

Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr Sharazat Ahmad, Pengurus Besar Yayasan Melaka, Ahamad Kamel Ismail dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Abd Shukor Mahmood.

Selain itu, seramai 49 individu akan menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 27 orang Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 123 orang Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 147 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 104 penerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan lapan individu menerima Pingat Khidmat Lama (PKL).

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments