Saturday, May 25, 2024
HomeBERITATiada bukti ‘disinfectant box’ kurangkan jangkitan COVID-19

Tiada bukti ‘disinfectant box’ kurangkan jangkitan COVID-19

Tular beberapa perkongsian di laman media sosial tentang ‘disinfectant box’ yang disediakan di tempat kunjungan orang ramai.

Penularan ini menjadi tanda tanya ramai berkenaan penggunaan Disinfectant Box/Chamber/Tunnel/Booth/Partition/Gate yang dikhabarkan boleh mengurangkan jangkitan #COVID19.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil menjelaskan perkara berkenaan dan memetik perkongsian dari laman Facebook KKM, hasil penilaian dari Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM mengenai penggunaan ‘disinfectant box’, tiada bukti jelas menunjukkan peralatan berkenaan berkesan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.

Selain itu, jangka masa selama 20-30 saat tidak memadai untuk proses nyah kuman yang berkesan.

Malahan prosesnya juga tidak boleh membunuh kuman dalam badan manusia.

Tambahan pula bahan kimia yang digunakan boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (membrane mucosa) seperti bahagian mata dan mulut.

Oleh itu, berdasarkan penilaian terbabit pihak KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan berkenaan bagi mengurangkan jangkitan COVID-19 terhadap manusia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156943676356237&id=373560576236

Bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19, kita hanya perlu patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan hanya berada di rumah dan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air bersih.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments