Sunday, June 16, 2024
HomeBERITATahniah! Nur Fazura hamil empat bulan

Tahniah! Nur Fazura hamil empat bulan

Jodoh, ajal, maut dan rezeki adalah rahsia Yang Maha Esa. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berusaha. Selebihnya berserah serta bertawakkal kepadaNya.

Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, kehadiran cahaya mata pelengkap kebahagiaan amat dinantikan.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram milik Nur Fazura , pelakon dan penyanyi ini berkongsi perkhabaran gembira yang kini telah berbadan dua.

Menurut perkongsiannya, kandungannya kini telah memasuki trimister kedua.

Memetik kata-katanya di ruangan komen, setelah dua tahun melayari alam perkahwinan bersama pelakon Fattah Amin, figura cantik kesayangan ramai ini menzahirkan rasa syukur di atas pemberian rezeki Yang Maha Esa.

Dia turut merakamkan penghargaan kepada keluarga, rakan-rakan dan para peminat yang selalu mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat.

The Malaya Post turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Semoga Fazura diberi kesihatan yang baik dan berbahagia selalu.

Paling penting, terus kekal cantik dan menjadi idola buat para wanita di luar sana 💝

View this post on Instagram

After two years of marriage, my husband @fattahaminz and I are delighted to share that we are expecting our first child. I am currently in my fourth month of pregnancy. We always believe in Allah’s perfect timing and we are overjoyed by the most beautiful gift Allah SWT has granted upon us. Nothing in the world matters more to us right now than our precious one. We would like to deeply thank everyone for your never ending prayers and well-wishes for us all this time. We are grateful for every single moment of this beautiful phase and we look forward to the blissful months to come. InsyaAllah. Once again, Alhamdulillah and thank you all from the bottom of our hearts. Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments