Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS siap siaga terima pesakit

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS siap siaga terima pesakit

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS, Serdang kini dibangunkan sebagai kesiapsiagaan kerajaan bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, pusat kuarantin ini merupakan hasil kerjasama diantara pihak NADMA, KKM , ATM, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Raya.

Pusat ini juga mempunyai 604 buah katil dengan 400 katil diletakkan di Dewan A dan 204 di Dewan C.

Demi menjaga kebajikan para pesakit, di pusat ini juga disediakan pelbagai kemudahan antaranya seperti WIFI, CCTV, ruang rehat pesakit, bilik kelengkapan jasmani dan juga surau.

Antara perkhidmatan yang disediakan di pusat kuarantin ini pula adalah rawatan perubatan, rawatan kecemasan, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan X-ray asas dan ambulans.

Manakala aktiviti pra-pengoperasian yang telah dijalankan adalah Panggilan bertugas (Report Duty) bagi kakitangan klinikal dan bukan klinikal yang bertugas di pusat ini pada 9 April yang lalu.

Tidak hanya itu, aktiviti pra-pengoperasian seperti latihan IT dan Simulasi kebakaran (Fire Drill) bagi semua kakitangan yang terlibat.

Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS, Serdang dibangunkan sebagai kesiapsiagaan kerajaan bagi…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 16 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments