Berita baik buat peminat filem seram The Conjuring bakal merealisasikan sebuah filem terbaru pada tahun hadapan.
“The Devil Made Me Do It” merupakan filem The Conjuring siri ketiga terbitan Warner Bros Picture bakal ditayangkan di pawagam mulai 11 September tahun hadapan.
Penceritaan kali ini berkisahkan tentang keganasan, pembunuhan dan kekejaman roh jahat merasuki manusia.
Seorang kanak-kanak lelaki telah menjadi suspek utama dalam perbicaraan mahkamah menerusi satu siasatan kes pembunuhan.
Namun suspek utama mendakwa dirinya telah dirasuk oleh roh jahat ketika pembunuhan itu berlaku.
Patrick Wilsons dan Vera Farmiga antara bintang yang akan membintangi filem ini dan merupakan sekuel watak sebelumnya sebagai penyiasat paranormal menerusi filem terdahulu.
Filem siri ketiga ini diilhamkan menerusi kisah benar dari fail kes perbicaraan Arne Cheyenne Johnson, aka “Devil Made Me Do It” pada tahun 1981.
“The Devil Made Me Do It” merupakan filem ketujuh dalam Conjuring Universe dan menjadi syarikat filem terbesar dalam sejarah Hollywood.
Produksi terbabit telah menjana USD 1.8 billion seluruh dunia termasuklah dua filem awal Conjuring serta Annabelle, Annabelle: Creation, The Nun, Annabelle Comes Home dan The Curse of La Llorona.
Leave a Reply