Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAPemilik video tampil menceritakan hal sebenar, perkongsian video mendapat sakit aneh hanya...

Pemilik video tampil menceritakan hal sebenar, perkongsian video mendapat sakit aneh hanya kesan dari suntingan

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang dikatakan mengalami gangguan jiwa akibat terlalu taksub dengan permainan ‘game online’.

Di laman Facebook Chacha Dessery memaparkan video berdurasi beberapa saat yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan agak aneh.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=211430969859150&id=100029767457880

Lelaki berkenaan menggerak gerakkan tangannya seolah olah sedang memegang telefon bimbit sedangkan ditangannya tiada apa apa.

Kelihatan juga anak matanya yang berputar putar sambil dia tersenyum dan sesekali menggaru mukanya.

Menurut info, lelaki berkenaan harus menjalani terapi kerana terlalu taksub dan bermain sehingga berjam-jam lamanya.

Sehubungan itu, pemilik video berkenaan tampil menceritakan hal sebenar yang berlaku.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=211630143172566&id=100029767457880

Menurut rakaman Instastorynya, dia berkata dirinya masih waras.

Dalam masa yang sama, dia sempat menunjukkan keadaan matanya yang elok seperti sediakala.

Dalam nada kesal, dia tidak mahu warganet terus tertipu dengan berita yang tersebar itu dan menyatakan video pendek berkenaan hanya efek dari suntingan sahaja.

Tambahnya, setelah tularnya video berkenaan orang ramai mula mengingatkan ahli keluarga yang lain supaya tidak mencontohi apa yang dilakukannya.

Malah ada juga yang berkata tidak mahu memberi anak bermain telefon bimbit kerana takut anaknya menjadi tidak waras seperti yang diperkatakan ramai.

Perkara itu sangat menyedihkan buat dirinya kerana dia tidak sakit seperti yang dihebahkan itu.

Lain kali bergurau atau berjenaka biarlah kena pada tempatnya. Perkara yang melibatkan sakit atau sindrom aneh memang akan menarik minat ramai untuk mempercayainya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments