Saturday, May 25, 2024
HomeBERITABursa Malaysia terus menaik pada pertengahan pagi

Bursa Malaysia terus menaik pada pertengahan pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran menaik pada pertengahan pagi dengan kebanyakan kaunter berkaitan indeks berada dalam wilayah positif, dengan peneraju utama Tenaga, Sime Darby Plantation dan IHH.

Pada 11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.02 mata atau 0.6 peratus kepada 1,578.36 berbanding 1,567.34 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 9.17 mata lebih baik pada 1,576.51.

Keluasan pasaran positif kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 369 berbanding 249 dengan 339 kaunter tidak berubah, manakala 1,023 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Sejumlah 947.03 juta saham bertukar tangan bernilai RM435.42 juta.

Keyakinan berhubung potensi perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS) dengan China direalisasikan dan isyarat positif daripada pilihan raya United Kingdoam (UK) terus menyokong sentimen.

Dilaporkan AS bersetuju dengan terma perjanjian perdagangan fasa pertama dengan China, menjelang tarikh akhir 15 Disember, apabila tarif baharu import China bernilai AS$160 bilion akan berkuat kuasa.

Antara saham berwajaran tinggi, Tenaga naik 16 sen kepada RM13.30, Sime Darby Plantation menambah 12 sen kepada RM5.42 dan IHH menokok tujuh sen kepada RM5.43.

Hong Leong Bank meningkat 24 sen kepada RM17.00 dan Petronas Gas meningkat 26 sen kepada RM16.66.

Dalam kalangan saham aktif, Dynaciate turun setengah sen kepada 8.0 sen, Ekovest naik tiga sen kepada 84 sen dan Xideland tidak berubah pada 11 sen. – BERNAMA

SourceBERNAMA
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments