Tewas di Sg Besar, Jamal Yunos anggap diri tidak dihargai pengundi

0

Calon Parlimen Sungai Besar, Dato’ Sri Jamal Md Yunos dengan sinis mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Sungai Besar dan menganggap segala perjuangan dan jasa beliau kepada penduduk Sungai Besar tidak dihargai.

Berikut tulisan beliau di Facebook.

“Tewas di Sg Besar, Jamal Yunos anggap diri tidak dihargai pengundi

Terima Kasih Sungai Besar

Aku menjadi runsing tatkala aku berfikir. Apa dosa aku di saat ini?

Apabila aku menjerit di tengah khalayak ramai demi membela demokrasi, aku digelar samseng baju merah dan perosak imej negara.

Tatkala aku menghidu kerja jahat kerajaan negeri menghalalkan Octoberfest yang bergelimpangan arak, ramai mengelar aku gangster belaan Umno.

Apabila ada isteri mengadu suaminya tahi judi dan aku bongkar pusat judi haram, aku direman dan dibicarakan ke Mahkamah hanya kerana aku cuba mencegah perkara mungkar.

Terima kasih Warga Sungai Besar kerana diri ini rasanya tidak dihargai.

Sedekad lamanya khidmat sepenuh jiwa raga dan tenaga menjadi pemimpin tinggi parti di Sungai Besar, akan tetapi semuanya dipandang sepi.

Hanya kerana mereka membenci imej aku bertuala di SUK tanpa mereka berfikir maruah diri aku letak tepi demi rakyat yang sentiasa di hati.

Aku biarkan diri dibakar umpama lilin, cemuhan dan cacian menjadi sarapan tetapi tiada yang aku harapkan selain di percaya masyarakat sebagai wakil rakyat.

Mungkin aku Salah dalam politk!

Salah kerana tidak berdiam diri, pekak dan buta untuk semua masalah rakyat.

Kadangkala yang diam dan berlakon baik mudah mendapat tempat dihati rakyat.

Orang tiada jasa diangkat menjadi pemimpin tetapi aku yang berjuang mati demi kamu menjadi sampah kering dimamah api.

Terima Kasih Sekali Lagi”.

Untuk rekod Jamal Yunos yang hanya peroleh 13,984 undi, tewas kepada calon Perikatan Nasional Muslimin Yahya yang memperoleh undi sebanyak 19,791, manakala calon Pakatan Harapan Hj Saipolyazan di tempat kedua dengan 17,070 undi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply