BN bersedia jadi pembangkang, cadang PN-PH bergabung bentuk kerajaan – Tok Mat Hasan

0

Barisan Nasional, BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab atau ‘check and balance’ kerajaan baru.

Susulan itu juga kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan beliau cadangkan biarlah Perikatan Nasional, PN dan Pakatan Harapan, PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

“Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

“Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi. BN bersedia menjadi pembangkang yg bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baru,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya malam ini.

Tambah Datuk Seri Mohamad atau lebih mesra disapa Tok Mat, BN sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

“Walaubagaimanapun, jika bantuan kami diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, kami tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu. Semoga Malaysia sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT jua,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply