Peraduan pencarian Dewi Remaja baru sahaja bermula dan ujian saringan pemilihan para peserta telah berlangsung.
Namun, di sebalik kemeriahan pengumuman Top 20 Dewi Remaja tahun ini, terselit kejadian yang tidak diingini berlaku kepada salah seorang peserta bernama Farzana Zainul.
Ketika siaran langsung yang dibuat oleh “page Remaja” di laman Facebook, di sesi memperkenalkan Top 20, Farzana telah tersadung sebanyak 3 kali.
Farzana yang muncul pada minit ke 30.34 di siaran langsung itu telah tersadung pada minit 30.37 dan beberapa minit selepas itu. Namun, gadis itu masih mampu berdiri dan tersenyum.
Video siaran langsung berkenaan kini sudah pun mendapat 12k tontonan di Facebook.
Pengumuman TOP 12 DEWI REMAJA 2019
Publiée par Remaja sur Mardi 15 octobre 2019
Ada juga yang mengatakan bahawa kasut tumit tinggi yang dipakai oleh Farzana terlalu tinggi, malah ada yang mengusiknya mengatakan kasut itu bermasalah.
Bekas finalis Hero Remaja, Haris Anuar menerima pujian apabila bertindak membantu Farzana untuk berdiri kembali ketika jatuh buat kali ketiga.

Dalam pada itu, Farzana telah memuatnaik nota di Instastory dan mengatakan bahawa dia tidak berjaya mara untuk Top 12 pencarian Dewi Remaja.




Pencarian Dewi Remaja bukan hanya menilai dari faktor kecantikan peserta, malah kekuatan personaliti, IQ dan EQ serta aura tarikan tersendiri.

Leave a Reply