Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITASiti Nurhaliza kesal "fake account" menggunakan nama anaknya, Siti Aafiyah di media...

Siti Nurhaliza kesal “fake account” menggunakan nama anaknya, Siti Aafiyah di media sosial

Bukan mudah menjadi penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Terbaru, Dato’ Sri Siti Nurhaliza membuat perkongsian terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama anaknya, Siti Aafiyah Khalid untuk kegunaan peribadi dan menjual barangan secara online.

“Terlalu banyak akaun yang menggunakan nama anak saya, Siti Aafiyah, saya juga mendapat aduan daripada peminat-peminat saya yang prihatin apabila Instagram yang menggunakan nama Aafiyah digunakan untuk perniagaan pelbagai barangan dan sebagainya. Gambar di atas adalah salah satu akaun yang menjual produk menggunakan akaun bernama Aafiyah dan produk tersebut bukan daripada perniagaan saya. Saya sangat bermohon agar jangan mengambil kesempatan di atas nama Aafiyah apatah lagi terdapat beratus-ratus akaun di atas nama Aafiyah.”

“Saya di sini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Aafiyah TIDAK MEMPUNYAI AKAUN INSTAGRAM dan saya berharap anda tidak terpedaya jika ada yang menyamar atau menjual produk bukan dari perniagaan saya ataupun menggunakan akaun tersebut untuk tujuan-tujuan tidak baik. Berniagalah dengan jujur dan jangan menyalahgunakan nama  Aafiyah.”

https://www.instagram.com/p/B3obGiAHTvZ/?igshid=16a6e5phzasuo

Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut memuatnaik beberapa gambar akaun palsu dan akaun jual beli online yang menggunakan nama anak perempuannya, Aafiyah.

Rata-rata rakan artis dan juga para peminat tidak bersetuju dengan cara penipuan terbabit malah ada yang mengatakan sudah pun “unfollow” akaun berkenaan.

Tidak kurang juga, ada yang memberitahu agak pelik kerana pada permulaan akaun itu memaparkan video dan gambar Aafiyah, namun setelah mendapat pengikut yang ramai, akaun itu memaparkan barangan jualan sahaja.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments