Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAGaya kanak-kanak bergaya persis model cuit hati warganet

Gaya kanak-kanak bergaya persis model cuit hati warganet

“Confident level 999999 ????????????????” tulis Diyanah Natasya di laman Twitternya bersama perkongsian video berdurasi 0.11 saat.

Video yang memaparkan seorang budak perempuan di hadapan sebuah pasaraya, memerhati perakam di dalam kereta dengan satu jelingan yang tajam.

Namun, aksi kanak-kanak yang berjalan persis model dan melepasi seorang wanita, berkemungkinan ibunya lalu membuat aksi ‘hair flip’ di hadapan kereta menggeletek hati perakam video terbabit dan netizen.

Kanak-kanak terbabit kemudiannya bersembunyi di sebalik wanita berhampiran dengannya dan tanpa disangka kanak-kanak itu mengintai mereka sambil mengurai rambutnya.

Di ruangan komen Twitter, rata-rata ramai yang terhibur dengan telatah kanak-kanak berkenaan.

Malah ada juga yang mengatakan kanak-kanak itu seperti karektor filem Moana dan juga siri kartun popular, Dora The Explorer.

“Budak tu macam Dora the explorer tu doeh ????” -eladwiahh

“Boleh jadi pelapis geng gangster sekolah ni.” -havanaohnuna

“Boleh relate dengan yng ni..Bila kau jumpa ex kau dengan gf baru.Tapi kau sayangnya kau lagi lawa ????????????” -Rhmtmssa

“Is that Moana” -trymebihhhhh

Video berkenaan setakat ini sudah mencecah 58 ribu retweet dan lebih 70 ribu tanda suka.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments