Friday, July 19, 2024
HomeBERITAIdea kreatif kanak-kanak nikmati air deras di longkang seperti gelongsor air di...

Idea kreatif kanak-kanak nikmati air deras di longkang seperti gelongsor air di Sunway Lagoon

Sunway Lagoon bertukar menjadi “Sunway Longkang” bak kata saudara Echan Al-Ikhsan ketika menulis entri berkenaan di laman Facebooknya.

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang berseronok bermain gelongsor air di dalam longkang ketika musim hujan.

Permainan itu turut dibantu oleh tiga orang rakannya yang cuba untuk menyekat laluan air dari atas sebelum budak berbaju merah meluncur laju ke bawah menerusi arus air yang deras.

Echan turut memuji kanak-kanak terbabit sangat kreatif kerana tercetus idea untuk bermain permainan sedemikian.

Gelagat kanak-kanak di kawasan kejiranan Taman Idaman Kluang itu turut membuatkan warga netizen terhibur menonton video dan aksi berkenaan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1732771753523097&id=100003708674507&sfnsn=mo&vh=i

Namun, terdapat juga segelintir netizen memberikan komen akan kerisauan terhadap keselamatannya kanak-kanak berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments