Thursday, May 30, 2024
HomeBERITATersilap isi minyak Ron 97, penunggang motosikal merajuk teruk tidak mahu berganjak...

Tersilap isi minyak Ron 97, penunggang motosikal merajuk teruk tidak mahu berganjak dari petak meletak kenderaan

Sering kali kita dengar sifat mudah beremosi dan suka merajuk dikaitkan dengan golongan wanita.

Tetapi kes berikut sebaliknya, di mana telah viral gelagat seorang penunggang motosikal dikatakan merajuk apabila pekerja di sebuah stesyen minyak tersalah mengisi minyak Ron 95 ke dalam tangki minyak motornya.

https://m.facebook.com/groups/109127149424111?view=permalink&id=1071951919808291&sfnsn=mo&d=n&vh=i

Pada awalnya, penunggang motosikal terbabit meminta untuk mengisi minyak jenis Ron 95 tetapi pekerja berkenaan tersilap mengisi minyak Ron 97.

Video yang memaparkan seorang pekerja sedang memujuk penunggang motosikal setelah selesai mengisi minyak namun tidak berjaya apabila penunggang terbabit seolah-olah merajuk dan berkecil hati dengan kesilapan itu.

Penunggang motosikal berkenaan masih tidak mahu berganjak dari petak meletak kenderaan di pam itu walaupun motosikalnya sudah dialihkan.

Video berdurasi satu minit 21 saat itu dirakam oleh salah seorang pekerja  stesyen minyak berkenaan.

Perkongsian video yang tular di laman Facebook itu telah mencuit hati warganet dan pelbagai reaksi serta komen lucu ditulis oleh netizen.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments