Aksi mesra dan lucu bersama anak gadis, wira filem aksi The Rock dilabel bapa penyayang

0

Dwayne Douglas Johnson atau The Rock mula dikenali sebagai ahli gusti profesional di arena World Wrestling Federation (WWF) yang cukup terkenal pada suatu masa dahulu.

Kini, nama The Rock telahpun sebaris dengan pelakon filem kelas pertama Hollywood dan baru-baru ini dilaporkan pelakon kelahiran California, Amerika Syarikat kembali merampas takhta sebagai pelakon berpendapatan tertinggi dunia apabila meraih AS$89.4 juta (RM373.5 juta) sejak Jun 2018 hingga Jun 2019.

Sinonim dengan watak aksi dan ganas, antara filem terkenal lakonan Dwayne Johnson antaranya Skrscraper, Rampage, The Challenger, Jumanji, Baywatch sequel filem The Fast and The Furious dan banyak lagi.

Sudah menjadi lumrah, apa sahaja gelagat artis popular pastinya menjadi perhatian peminatnya.

Apabila sebut sahaja namanya pasti akan terbayang sosok tubuhnya yang besar dan berotot namun siapa sangka personaliti yang sering membawa watak hero aksi rupanya pandai melayan kerenah kanak-kanak.

Terbaru, viral foto The Rock bersama anak perempuannya yang kelihatan sedang bermain  masak-masak di beranda rumah.

Aksinya yang sedang berpura-pura minum menggunakan gelas permainan menjadi tarikan dan netizen menyifatkan “lengan bertatu sekalipun pasti akan kalah dengan anak-anak”.

Saat ‘bonding time’ bersama anak gadisnya bukan sahaja lucu dan comel malahan mendapat pujian netizen yang mengatakan The Rock seorang bapa yang penyayang.


Leave a Reply