Monday, May 20, 2024
HomeBERITAJenaka juruterbang menghiburkan penumpang

Jenaka juruterbang menghiburkan penumpang

Di laman twitter kecoh dengan perkongsian video yang agak lucu membabitkan slot pengumuman keselamatan sebuah pesawat tambang murah tempatan.

Video berkenaan dimuat naik seorang pemilik twitter dikenali sebagai Azrul Akmal.

Pengumuman yang berbunyi “semasa kecemasan, tinggalkan barang-barang anda, tinggalkan teman lelaki anda, tinggalkan teman perempuan anda” menjadi hiburan buat penumpang.

Rata-rata penumpang menyenangi lawak juruterbang syarikat tambang murah berkenaan yang bersahaja.

“Jika terdapat asap, tunduk..tunduk..tunduk..dan gunakan lampu di atas lantai ke pintu yang terdekat.

“Pelan keselamatan ini ada terdapat dalam slide tempat duduk di hadapan anda. Sila baca dengan teliti. Terdapat pelbagai gambar menarik di dalamnya..kecuali saya”.

“Anda dilarang merokok di sepanjang perjalanan. Merokok di dalam tandas akan mengaktifkan isyarat kecemasan..tiit tiit tiit tiit..” kata krew kabin secara berseloroh.

Pengumuman yang dibuat oleh juruterbang penerbangan terbabit turut mendapat pujian dari warganet kerana memberikan servis terbaik menghiburkan para penumpang.

Komen salah seorang warganet, “best kalau selalu dapat flight macam ni”.

“Macam tu ke perasaan naik kapal, macam best je, ia mencuit hati”

“Hahahahaahahhaa this made my dayyyyy thank youuu ????????????

Video milik Azrul Akmal ini telah ditonton lebih 400,000 warga twitter, 29,000 Retweet dan 18,900 tanda suka oleh warga Twitter.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments