Thursday, July 18, 2024
HomeBERITAVIRALTelatah dan kecomelan pelajar Pendidikan Khas, Adik Maisarah menghiburkan pelayar Twitter

Telatah dan kecomelan pelajar Pendidikan Khas, Adik Maisarah menghiburkan pelayar Twitter

Guru boleh diibaratkan seperti ibu bapa kedua kepada para pelajar, di samping mencurahkan ilmu, guru juga mencurahkan kasih sayang kepada anak didik mereka.

Seperti yang dilakukan oleh guru Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan, Sabah, cikgu Fazri Hassan sering berkongsi aktiviti bersama salah seorang pelajarnya bernama Maisarah.

Sebelum ini, beberapa video perkongsian guru muda ini bersama adik Maisarah pernah tular di media sosial antaranya, rakaman video acara lumba lari dan reaksi comel adik Maisarah ketika sedang memanjat bukit.

Terkini, Entri terbaharu Cikgu Fazri sekali lagi mencuit hati warganet apabila dia telah berkongsi video adik Maisarah yang memakai kostum Unicorn di majlis sambutan hari lahir di sekolahnya.

“Jamuan Akhir tahun & Sambutan Hari Jadi….fikirkan unicorn mana datang sekolah tadi ????????” seloroh guru berkenaan.

Video-video itu memaparkan adik Maisarah sedang bermain permainan yang menggunakan bola bersama tiga lagi rakannya.

Adik Maisarah yang juga pelajar Pendidikan Khas di sekolah berkenaan mengalami masalah ‘Global Development Delay’, GDD atau dalam bahasa mudah seorang kanak-kanak yang lambat berkembang dan tidak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya berdasarkan umurnya.

Ada kanak-kanak yang lambat berkembang sejak lahir lagi.

Kanak-kanak begini akan mengalami lambat berjalan, bercakap dan lain-lain kemahiran motor. Kes begini dipanggil “cerebral palsy”, tetapi terlalu kecil bilangannya.

Di ruangan komen di laman Twitternya, rata-rata pelayar Twitter terhibur melihat telatah adik Maisarah yang comel dan ceria.

Malah, ada juga yang berpendapat apabila melihat gelagat adik Maisarah sudah berasa tenang dan tersenyum tanpa sedar.

Tidak kurang juga yang tidak mahu adik Maisarah membesar dengan cepat, katanya biarlah adik Maisarah tetap kecil sebegitu.

Video berkenaan setakat ini telah mendapat lebih 500,000 jumlah tontonan, manakala 27,500 telah diulang kicau dan juga 30,600 tanda suka dari warga Twitter.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments