“Taste” bukan ‘biashe-biashe’, hati Janna Nick milik pelakon tampan berwajah Pan-Asia, Dini Azan Schatzmann

0

Hubungan rapat dan mesra antara pelakon Janna Nick dan juga seorang pelakon yang sedang meningkat naik Dini Azan Schatzmann menjadi tanda tanya di kalangan para peminat serta warganet.

Kini sudah jelas dan sahih apabila Janna Nick dan Dini Azan Schatzman memuatnaik gambar di laman Instagram masing-masing dengan status yang memberi gambaran jelas berkenaan status hubungan yang terjalin di antara mereka.

“DILARANG CURI????” tulis Janna manakala “DILARANG AMBIK ????” ditulis oleh Dini. Mereka juga tidak lupa akan tanda hashtag mereka #DINIJANNA”.

View this post on Instagram

DILARANG CURI🚫 • • #DINIJANNA

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Melalui perkongsian berkenaan, Janna telah diusik manja oleh rakan-rakan artis dan juga para peminatnya.

Malah ketika Janna menerima panggilan dari radio Suria Fm, saat diajukan soalan mengenai siapakah Dini kepada Janna?

Janna secara berterus terang memberitahu jejaka tampan berwajah kacukan Melayu-Switzerland, Dini adalah kekasih hatinya.

Nampaknya, “taste” Janna Nick bukan yang ‘biashe-biashe’ ye.

Akhirnya jejaka berwajah Mat Salleh berjaya menambat hati pelakon yang sedang laku keras dengan tawaran ‘job’ lakonan.

Semoga berbahagia Janna!

Leave a Reply