Friday, July 26, 2024
HomeBERITAHIBURANBersalaman dengan pengawal keselamatan, nilai murni para pelajar sekolah ini harus dicontohi

Bersalaman dengan pengawal keselamatan, nilai murni para pelajar sekolah ini harus dicontohi

Nilai murni dan saling menghormati sesama manusia kini semakin berkurang dan terhakis. Kepesatan teknologi menjadikan kita terleka dan budi bahasa mula dipandang remeh.

Namun berbeza dengan sebuah sekolah di negeri bawah bayu, Sabah yang menjadikan budaya hormat-menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira taraf dan pangkat.

Menurut perkongsian seorang pemuda Azwan Mahmin di laman Facebook miliknya, dia sempat merakam tingkah laku para pelajar Sekolah Kebangsaan Luangan, Keningau, Sabah yang memperlihatkan setiap pelajar bersalaman dengan pengawal keselamatan (security guard) sebelum memasuki kawasan sekolah.

Menurutnya lagi, melihat peradaban dan nilai murni tinggi yang dipraktikkan oleh para pelajar membuatkan dia tersentuh dan budaya yang diterapkan oleh para pelajar di sekolah terbabit dengan menghormati semua golongan tanpa mengira darjat serta pangkat wajar dicontohi semua.

Melalui perkongsian, dia menyatakan, “Tahniah pada semua kakitangan sekolah dan semua Ibu Bapa…” tulisnya lagi.

Tambahnya, dia berasa sangat bangga dengan budaya yang diamalkan oleh pelajar sekolah yang diasuh dengan sempurna oleh para guru dan pendidik.

Menurutnya lagi, amalan yang diterapkan itu adalah salah satu nilai pendidikan moral yang terbaik dan dia turut membuat hashtag #melenturbuluhbiarlahdarirebungnya.

Sikap terpuji yang ditonjolkan ini harus dijadikan contoh dan teladan bagi semua golongan tanpa membezakan darjat kedudukan seseorang.

Di entri berkenaan, Azwan sempat memohon maaf kepada pihak sekolah kerana membuat rakaman secara sembunyi.

Video berkenaan kini telah mendapat lebih 9,000 perkongsian dan 235,000 jumlah tontonan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments