Wednesday, May 15, 2024
HomeBERITATommy Thomas perlu sedia memberi penjelasan lengkap berkaitan keputusan dari Pejabat Peguam...

Tommy Thomas perlu sedia memberi penjelasan lengkap berkaitan keputusan dari Pejabat Peguam Negara – Haniff Khatri

Kelmarin, pada 6 November Mahkamah Sesyen Seremban membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri,  ADUN DAP Seremban Jaya P. Gunasekaran.

Melihat kepada situasi gempar dan ketidakpuasan hati majoriti pihak dengan keputusan berkenaan, Peguam Negara (AG), Tommy Thomas tampil menjelaskan keputusan pendakwaan menggugurkan dua pertuduhan tambahan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam, LTTE terhadap Adun DAP.

Menurutnya, Adun Seremban Jaya P Gunasekaran sudahpun berdepan pertuduhan yang serupa yang jika disabit bersalah boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Tambahnya, tiada keperluan untuk berlebih-lebihan dan dakwaan semua pertuduhan terhadap Gunasekaran digugurkan adalah satu pembohongan.

Bagaimanapun tiada yang boleh menghalang untuk membuat pendakwaan lagi pada masa akan datang.

Dalam pada itu, peguam terkemuka, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengucapkan tahniah dan syabas kepada Peguam Negara dalam memberikan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini dengan menghuraikan alasan tepat dan kukuh berhubung pengguguran dua pertuduhan terhadap ADUN terbabit.

Ia sekaligus mengesahkan setakat ini  Pejabat Peguam Negara masih berhasrat dan masih ingin meneruskan dengan pendakwaan di bawah baki dua pertuduhan bersabit jenayah terrorisma terhadap ADUN Seremban Jaya di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh dan Kuala Lumpur yang dibawa sebelum ini.

Menurutnya, disebabkan kewujudan latarbelakang fakta hubungkait tertuduh sebagai ahli dan ADUN dari parti DAP, ramai pihak telah memberikan kenyataan seolah-olah keputusan pengguguran dua pertuduhan itu terhadap Gunasekaran, bebas daripada kewujudan dua pertuduhan lain terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh dan Kuala Lumpur.

Ia adalah kononnya di atas campur tangan salah pihak tertentu untuk mengakibatkan pengguguran dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban itu.

Tambahnya lagi, adalah amat penting dalam mana-mana keputusan berkaitan pendakwaan jenayah, yang menjadi budi bicara mutlak Peguam Negara, mana-mana persepsi songsang dan negatif seperti yang dinyatakan, wajib dibendung melalui pemberian kenyataan rasmi dari Pejabat Peguam Negara.

Ia dengan menyatakan alasan-alasan kukuh keputusan terbabit, agar rakyat faham dan yakin bahawa prinsup kedaulatan undang-undang di negara tercinta ini tidak dicemari sama sekali.

Atas alasan itu, Haniff Khatri turut menyarankan agar Tommy Thomas sentiasa bersedia dalam memberi penjelasan lengkap berkaitan mana-mana keputusan ataupun tindakan Pejabat Peguam Negara terutamanya dalam kes-kes kepentingan awam seperti terrorrisme LTTE dari masa ke semasa agar kedaulatan undang-undang sentiasa terjamin.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments