Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAPenyanyi Fara Hezel sah menjadi isteri kepada usahawan dari Terengganu Tengku Mohammad

Penyanyi Fara Hezel sah menjadi isteri kepada usahawan dari Terengganu Tengku Mohammad

Penyanyi yang sedang meningkat naik, Fara Hezel telah pun selamat diijab kabulkan seterusnya bergelar seorang isteri.

Fara Hezel memilih Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin, seorang usahawan dari Negeri Terengganu sebagai teman hidupnya.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di Sireh Junjung Banquet Hall, The Strand Mall, Petaling Jaya dengan penuh kemeriahan.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Fara, Yusri Ishak dan disaksikan oleh ahli keluarga dan juga wakil dari pejabat kadi.

Fara tampil menawan dengan busana serba putih di hari bahagianya itu.

Untuk rekod, Fara dan suaminya bertunang pada satu majlis tertutup pada 06 Julai 2019.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments