Saturday, May 18, 2024
HomeBERITANajib kota janji lafaz Sumpah Laknat, nafi arah sesiapa membunuh Altantuya

Najib kota janji lafaz Sumpah Laknat, nafi arah sesiapa membunuh Altantuya

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengotakan janjinya untuk melafazkan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan Cif Inspektor Azilah Hadri membunuh Altantuya Sharibu.

Sumpah laknat berkenaan telah dilafaz di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur selepas solat jumaat sebentar tadi, di iringi isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anak.

Di anggarkan lebih 300 orang individu dan pihak media berada di Masjid Kg Baru bagi menyaksikan upacara berkenaan termasuk Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Upacara melafaz sumpah laknat terbabit turut di siarkan secara langsung di laman Facebook Dato’ Seri Najib Razak.

Berikut adalah Teks Sumpah Dato’ Seri Najib Razak:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Bismillahirrahmanirrahim.

Pada hari ini 20 Disember 2019 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1441H, di dalam rumah Allah SWT yang mulia dan pada hari Jumaat yang berkat ini, saya Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikrar dan bersumpah.

A’uzubillahi minas syaitonirojim Bismillahirrahmanirrahim

Wallahi, Wabillahi, Watallahi

Alhamdulillah sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu. Malah saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali.

Jika saya berdusta, maka laknat Allah SWT atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments