Tuesday, October 15, 2024
HomeBERITALain yang dirancang lain pula yang dirakam

Lain yang dirancang lain pula yang dirakam

Perkongsian video dimuat turun seorang pengguna twitter Fahmi Khaifes mengundang geli hati warganet apabila lain yang dirancang tetapi lain pula yang jadi.

Video berdurasi 0.15 saat itu memaparkan gelagat rakannya, Haziq Suhaimi yang kononnya ingin memecahkan sebuah gitar namun gitar tidak pecah tetapi ketawa yang terburai.

“cadangnya nak buat slow mo hancurkan gitar. lain jadinya AHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAHHAHAHAHAHAHAHAHHA”, tulis Fahmi.

Tambah Fahmi, pada mulanya mereka merancang untuk merakam saat-saat memecahkan gitar dengan menggunakan ‘slow motion effect’.

Namun yang terjadi sebaliknya, rakannya bernama Muhd Farhan telah terjatuh dan tergolek. Momen itu yang dirakamkan kamera telefon menggunakan “slow motion effect”.

Rata-rata pengguna twitter terhibur dengan telatah empat sekawan ini malah pengguna twitter turut menyedari telefon bimbit Muhd Farhan yang terkeluar dari poket.

Video ini mendapat 684 000 tontonan, 49 100 ulang kicau dan 44 900 tanda suka dari warga twitter.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments