Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITATahniah! Selamat pengantin baharu kepada Tan Sri Musa Hassan

Tahniah! Selamat pengantin baharu kepada Tan Sri Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan yang dikenali sebagai Qistina Lim.

Majlis resepsi perkahwinan Musa di sebuah hotel di Shah Alam, malam tadi, dikongsi seorang individu dipercayai adiknya, Mohammad Izzat Hassan menerusi Facebook dengan memperlihatkan gambar persandingan, keluarga dan tetamu yang hadir.

Dalam keterangan gambar yang dikongsi dalam hantaran di media sosial itu, Mohammad Izzat menzahirkan kesyukuran dan tahniah kepada abang sulungnya.

“Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.

“Selamat datang kak long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah,” katanya.

Tahniah dari kami Team The Malaya Post.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments