Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAProgram 'Jom Cuci Masjid' sempena Maulidur Rasul

Program ‘Jom Cuci Masjid’ sempena Maulidur Rasul

KUALA KANGSAR, 24 Sept – Program amal dan kemasyarakatan, Jom Cuci Masjid atau JCM, diteruskan apabila memilih Masjid As Saudah, Kampung Jamuan, Kuala Kangsar, Perak sebagai lokasi edisi kali ke-44 aktiviti persatuan itu..

Lebih meriah, ia diadakan sempena kehadiran sambutan Maulidur Rasul, 28 September ini.

Walaupun hujan lebat pada awal pagi, program berjalan lancar apabila hujan mula renyai dan berhenti ketika program bermula.

Seawal jam 8.30 pagi, peserta “Jom Cuci Masjid” sudah mula berkumpul di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar, di hadapan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Di sini juga, dilakukan “Flag Off” peserta dan Bikers.

Program kali ini, terus menerima sambutan baik apabila selain kira-kira 100 penunggang motosikal berkuasa tinggi, ia turut disertai puluhan penunggang motosikal sekitar Perak.

Malah kali ini, syarikat wangian DeXandra turut menghantar 20 petugas sukarela yang turut disertai CEO, Safwan Ismail.

Dan kira-kira jam 9 pagi, semua peserta tiba di Masjid As-Saudah, Kg Jamuan, Kuala Kangsar, Perak dan berehat sebentar sambil menikmati sarapan pagi..

Sebelum memulakan kerja pembersihan dan mencuci, seperti kelaziman peserta melakukan Solat Dhuha berjemaah.

Selepas itu, kerja mencuci dan membersih masjid serta kawasan sekitar dimulakan oleh peserta dan penduduk kariah kampung secara bergotong royong.

Penduduk turut melakukan gotong royong menyediakan juadah makanan.

Selesai tugasan, peserta dan penduduk bergerak ke Pusat Riadah, Kampung Seberang Karai, untuk sesi tazkirah “Bicara Santai” oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek yang juga Presiden Sifu Bikerz.

Selesai, program berkenaan, peserta serta penduduk, bergerak semula ke Masjid As-Saudah untuk menikmati makan tengahari diikuti solat zohor berjemaah.

Di penghujung program, JCM, seperti biasa, turut menyampaikan barangan keperluan asas kepada komuniti asnaf kariah di sini.

Ini termasuk penyerahan pek keperluan asas.

Menurut Pengerusi Biro Dakwah Masjid As Saudah, Abdul Rahman Mohd Shah, mereka bersyukur dgn kehadiran JCM.

Tambahnya, dgn ini, mereka lebih selesa meraikan Maulud Nabi nanti dengan keadaan masjid yang lebih bersih dan selesa.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments