Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) orang awam dilarang berkumpul mahupun menghadiri atau menganjurkan majlis keraian.
Dalam pada kita semua melalui fasa keempat PKP, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi berita pertunangannya dengan kekasih hati, Nabil Mahir.
Dilamar ketika hari ulang tahunnya simboliknya apabila majlis pertunangan pula berlangsung pada hari ulang tahun bakal suami.
Pasti ulang tahun pada kali ini memberi makna dan kebahagiaan buat pasangan comel dan bersahaja, pelakon serta penyanyi Ayda Jebat bersama pengacara, Nabil Mahir.
Kini bergelar tunangan orang, Ayda yang tampil manis berbusana merah jambu berkongsi perkhabaran gembira itu di laman media sosial Instagram miliknya @aydajebat.
Tunangnya, Nabil Mahir turut sama berkongsi berita gembira itu di laman media sosial Instagram miliknya.
Sesuai dengan SOP PKP, majlis pertunangan Ayda Jebat berlangsung secara atas talian atau ‘online’!
DiKhabarkan, majlis meminang dan majlis pertunangan hanya dilakukan secara ‘online’.
Mereka berdua juga turut berkongsi foto yang telah diedit namun menariknya gambar berkenaan seperti gambar sebenar!
Perkongsian mereka mendapat ribuan tanda suka daripada peminat dan juga rakan-rakan artis.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan menzahirkan kegembiraan serta mengucapkan tahniah di atas pertunangan mereka.
“Proposal on my birthday.
Engagement on your birthday.
I know we can make it until the end of our days.
Officially, my fiance – Ayda Jebat”
Sebelum ini Nabil Mahir telah melamar Ayda Jebat pada hari ulang tahun kelahiran Ayda yang ke-28 dan turut berkongsi momen indah di laman IGTV dan juga Youtube Channel milik mereka berdua.
Melamar, merisik dan bertunang sudah selesai.Majlis akadnya bila pula ya, Ayda dan Nabil?
Tahniah Ayda dan Nabil! Semoga dipermudahkan urusan sehingga ke jinjang pelamin.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply