Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyumbangkan dua juta keping sarung tangan getah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sarung tangan getah berkenaan akan diedarkan ke fasiliti dan hospital-hospital KKM.
Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Takiyuddin Hassan mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan menyampaikan bantuan berkenaan kepada Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham bin Baba.
PUTRAJAYA, 28 April 2020 – YB Dato’ Dr Sri Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia telah hadir ke Majlis Penyerahan…
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 28 April 2020
Penyerahan bantuan terbabit turut disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Setiausaha KKM, Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min, dan juga Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKM, Dato’ Mohd Shafiq Abdullah.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply