Saturday, November 21, 2026
HomeBERITARakyat penentu tempoh PKP

Rakyat penentu tempoh PKP

Rakyat bakal menjadi penentu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilanjutkan atau sebaliknya.

RAKYAT PENENTU PKP DILANJUTKAN ATAU TIDAKSemuanya terletak di tangan kita. Sama-sama kita terus patuhi PKP dan amalkan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 28 April 2020

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemantauan akan diadakan dan beliau mengingatkan agar semua pihak mematuhi PKP yang ditetapkan seperti dan rakyat menjadi penenti sama ada PKP boleh ditamatkan dengan segera atau akan dilanjutkan.

“Semuanya bergantung kepada kita sendiri, kalau kita patuh PKP, jumlah kes semakin berkurangan, mungkin kita dapat tamatkan lebih awal dan banyak kelonggaran yang akan kita nikmati.

“Meskipun sekarang kita lihat jumlah kes semakin berkurangan namun kadangkala jumlah kes meningkat tanpa kita sedar kerana ia telah berlaku di beberapa negara.

“Telah berlaku di beberapa negara, kes sudah pun turun dan ditamatkan lockdown namun tiba-tiba kes meningkat mendadak menyebabkan sesebuah negara itu terpaksa menutup lebih lama daripada PKP sebelumnya,” ujar beliau.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan kerana jika kerajaan menarik balik perintah ia akan ditarik kembali tanpa perlu mengeluarkan kembali arahan kawalan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments