Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAHanya dua orang pekerja dibenarkan ke pejabat bagi proses pembayaran gaji

Hanya dua orang pekerja dibenarkan ke pejabat bagi proses pembayaran gaji

Kerajaan memutuskan hanya dua orang pekerja sahaja yang dibenarkan hadir ke tempat kerja bagi tujuan menyelaras dan memproses pembayaran gaji pekerja.

Kakitangan dari bahagian kewangan atau sumber manusia hendaklah menjalankan urusan terbabit pada tempoh satu hari sahaja sama ada akhir bulan (30 April) atau awal bulan depan (2 Mei).

Berhubung perkara ini, majikan dikehendaki menyediakan surat pelepasan atau kebenaran untuk ke tempat kerja dengan maklumat lengkap kakitangan terlibat serta nombor telefon pegawai untuk dihubungi bagi tujuan pengesahan.

Dengan adanya surat pelepasan ianya dapat memudahkan pergerakan pekerja untuk ke tempat kerja dan pekerja boleh mengemukan surat terbabit kepada pihak berkuasa sekiranya ditahan di sekatan jalan raya.

Hanya 2 orang pekerja sahaja dibenarkan hadir ke pejabat bagi tujuan memproses payroll bagi pembayaran gaji pekerja pada 30 April 2020 atau 2 Mei 2020. #JagaJarakAnda#KitaMestiMenang

Dikirim oleh Kementerian Sumber Manusia pada Selasa, 28 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments