Thursday, July 11, 2024
HomeBERITASyifa Melvin mohon maaf secara terbuka berkenaan isu penghuni setinggan dan PPRT

Syifa Melvin mohon maaf secara terbuka berkenaan isu penghuni setinggan dan PPRT

Belum reda isu “paksa kahwin”, timbul pula isu kononnya pelakon Syifa Melvin menghina penghuni yang tinggal di kawasan setinggan atau Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).

Menerusi video tutorial turban Syifa bersama seorang jurusolek yang tular baru-baru ini dikatakan Syifa seakan menyentuh sensitiviti penghuni yang tinggal di PPRT.

Rakaman video itu Syifa berkata, “Kalau korang pakai turban ni automatik nampak mahal walaupun duduk rumah setinggan,” sambil ketawa.

Susulan kenyataan itu telah membuatkan netizen marah dan kesal terhadap perbuatan pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak ini.

Setelah menerima pelbagai kencaman dan kritikan, pelakon filem “Derita Pia” ini membuat permohonan maaf terbuka di laman Instagramnya.

Ujarnya, berikutan video yang tular dia tidak bermaksud untuk menghina atau mengetawakan orang miskin atau penghuni rumah setinggan.

Menurut Syifa, niatnya itu disalah ertikan oleh semua pihak sehingga ia menimbulkan fitnah dan situasi menjadi semakin buruk.

“Maksud saya apabila kita memakai tudung dengan warna yang nampak mewah serta material yang cantik, jadi walaupun di mana saja kita berada kita akan ada keyakinan diri.

“Bukan nak mengutuk atau menghina orang yang tak berkemampuan, kami pun bukannya kaya, kalau kami kaya tak wujudnya bisnes “Kekasih” nak menolong orang lain,” katanya.

Di akhir video itu, Syifa sekali lagi memohon maaf atas perkara yang berlaku serta di sudut hatinya tidak berniat untuk menghina sesiapa.

Justeru, dia meminta agar individu yang menyebarkan video asalnya berhenti menabur fitnah kerana tahap pemikiran dan pemahaman masing-masing berbeza.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments