Saturday, July 27, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Penambahan 10 kes baharu

COVID-19 : Penambahan 10 kes baharu

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sehingga 7 Mac jam 12 tengah hari, terdapat 10 kes baharu (kes ke-84 hingga kes ke-93) jangkitan COVID-19 telah dilaporkan.

Kesemua kes ini telah dikesan untuk rawatan selanjutnya dan kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenalpasti untuk siasatan serta pengambilan sampel selanjutnya.

Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kontak rapat kepada kes ke-33 di mana, empat (4) kes iaitu kes ke-85, 86, 87 dan 93 merupakan generasi pertama kontak rapat kepada kes ke-33, manakala enam (6) kes baharu ini pula merupakan generasi kedua iaitu kontak rapat kepada kes ke-33 iaitu kes ke-84. 88. 89.90. 91, dan 92.

Kes ini telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan telah dimasukkan ke hospital bagi isolasi dan rawatan selanjutnya.

KKM ingin memaklumkan hasil siasatan terkini terhadap kontak-kontak rapat kepada kes ke-26, mendapati satu kluster jangkitan COVID-19 berkait dengan kes ke-33.

132 kontak rapat telah dikenalpasti berkait dengan kes ini serta jumlah terbabit, 18 kes telah disahkan positif, kini masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Manakala, 38 kontak rapat adalah negatif dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari.

Keputusan makmal bagi 76 lagi kontak rapat masih belum diperolehi namun semua kontak rapat ini dilaporkan sihat dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

KKM masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan bagi mengenalpasti punca di mana kes mendapat jangkitan dan seterusnya mencegah penularan jangkitan tersebut.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa kes ke-78 yang dilaporkan pada kelmarin (6 Mac) merupakan kes yang dikesan daripada Patient Under Investigation (PUI).

Kes ini mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia selama tujuh (7) hari bermula pada 13 Februari dan mula bergejala pada 19 Februari lalu. Sebanyak 67 orang kontak rapat telah dikesan dan diambil sampel.

Kesemua kontak rapat ini telah diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Dengan pertambahan 10 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 93 kes, kes-kes positif ini adalah dalam kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID19. kontak rapat, dan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Daripada jumlah ini, 75 orang adalah warganegara Malaysia, 15 orang adalah warganegara China dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali).

KKM telah menjalankan survelan COVID-19 bagi mengesan kes sporadik dan kes tempatan di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif COVID-19.

Sehingga hari ini (7 Mac) , sebanyak 432 sampel telah diuji dan setakat ini tiada sampel dikesan positif jangkitan COVID-19.

Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini tiada kes sporadik COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan ini.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments