Sunday, June 23, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Warga Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke negara diisytihar wabak

COVID-19 : Warga Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke negara diisytihar wabak

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang disytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).

Memetik kenyataan media, beliau berkata orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitizer.

“Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas

“Orang awam juga düngatkan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19 ini.

“Maklumat terkini berkenaan perkembangan semasa kejadian COVID-19 boleh didapati daripada laman sesawang KKM,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments