Thursday, May 30, 2024
HomeBERITASudah 20 kali akaun Instagram Diva AA digodam, kau ada???

Sudah 20 kali akaun Instagram Diva AA digodam, kau ada???

Why bother, why bother, why bother???
Akaun media sosial Diva AA kena ‘hacked’ lagi!

Melalui kemaskini terbaru laman Instagram milik Azwan Ali melalui akaun barunya @divaazwanaavazzztersohor memberitahu, akaun @divaazwanaavazzztersohor yang telah meraih 70,000 pengikut telah digodam buat kali ke 20.

Pengacara kontroversi yang kini bergelar usahawan berkongsi berita berkenaan dengan The Malaya Post.

” DIVA AA tak rasa apa dah bila IG gah Diva AA digodam tah kali ke sejuta kot? IG gah Diva AA iaitu @divaazwanaavazzztersohor yang berjaya raih hampir 70,000 followers setakat minggu lepas? Yang ptg ? Diva AA dah pun ada IG gah yang baru @divaazwanaavazzztersohor1 yang kini mampu ada 700 pengikut ! Terima kasih semua pengikit ! Kepada pengodam Diva AA tak akan serik ! Ko report lah tak hehabis kat IG centre ! Bukan susah buat je IG baru ! Atas dunia ko lepas ! Azabah siksa ko di akhirat”, katanya kepada The Malaya Post.

Seakan sudah terbiasa dengan permasalahan yang berlaku, Azwan Ali mengambil sikap tidak berputus asa dan tetap dengan caranya untuk tidak mengendahkan apa sahaja yang cuba dilakukan oleh pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengannya.

Dalam pada itu Azwan turut menzahirkan penghargaan terhadap para pengikutnya yang tetap setia bersama walau sudah beberapa kali membuka akaun baru @divaazwanaavazzztersohor.

Azwan yang baru sahaja pulang dari luar negara, kini rancak mengusahakan perniagaan Rendang Mak Tom.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments