Saturday, July 13, 2024
HomeBERITALatih anak lafaz ikrar positif sebagai motivasi diri

Latih anak lafaz ikrar positif sebagai motivasi diri

Kanak-kanak mudah dibentuk dan diajar kerana diusia muda mereka lebih mudah untuk mengingati setiap apa yang dipelajari.

Ini kerana menurut pakar, otak kanak-kanak pada usia bawah enam tahun seperti sebuah span yang menerima apa sahaja input yang diberikan kepadanya.

Demikian yang dilakukan oleh seorang pemilik akaun Instagram, Alissa360style kepada anaknya.

Menurut Alissa, ketika anaknya Ayaan berusia 2 tahun, dia telah mengajar anaknya melafaz ikrar positif dan berharap anaknya itu akan terus mengingati serta memahami kepentingan ikrar terbabit.

Tambahnya, dia mahu Ayaan menjadikan ikrar itu sebagai motivasi diri serta menjadikan Ayaan seorang anak yang sentiasa mempunyai semangat positif dalam diri.

Alissa juga berkongsi video anaknya yang sedang menyebut kata-kata positif berulang kali.

“I’m smart, i’m blessed, i’m everything!” ulang Ayaan di dalam video berkenaan.

Setelah video Ayaan dimuatnaik, Ayaan telah dijemput untuk menjadi tetamu istimewa di The Ellen Shows.

Dengan semangat positif yang ada pada diri Ayaan, secara tidak langsung mampu menjadi contoh dan teladan kepada kanak-kanak yang lain.

Perkongsian video terbabit telah mendapat 255,870 jumlah tontonan di laman Instagram milik ibunya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments