Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITALebih 22 tahun menyepi, Feminin bakal sertai konsert bersama KRU & Elite

Lebih 22 tahun menyepi, Feminin bakal sertai konsert bersama KRU & Elite

Setelah lebih 22 tahun menyepi, kumpulan pop wanita yang popular di era 90-an, Feminin bakal membuat kemunculan di konsert bersama KRU dan Elite pada tahun hadapan.

“Assalamualaikum.. cmne tu?? Diet ke laut niii @lindarafar ????????” tulis As di laman Instagramnya bersama satu gambar paparan skrin Direct Message (DM) dari Linda Rafar.

Walaupun masih belum diputuskan, namun penyanyi utama Feminin, As seakan memberi bayangan akan membuat “comeback” bersama kumpulan berkenaan.

https://www.instagram.com/p/B4M4vIllz7S2iswkiWABfi-Q68rXkyo1NUbO_M0/?igshid=18gu0sb6x7q7f

Rata-rata peminat setia Feminin bersetuju dan teruja dengan perkhabaran baik itu, malah ada yang meminta supaya mereka mengekalkan trademark memakai sepit rambut dan tidak akan melepaskan peluang membeli tiket sekiranya Feminin sah turut serta menjadi artis jemputan konsert berkenaan.

Album Untukmu, Kini lonjak nama Feminin.

Kumpulan yang sangat dikenali dengan lagu Untukmu dan Kini, dianggotai oleh Asfarina atau As selaku penyanyi solo utama, Yatie berperanan sebagai vokal kedua berserta Watie, Deq Nor dan Along sebagai vokal harmoni.

Anggota kumpulan Feminin pada asalnya merupakan penari dan Edd Razhe merupakan pengurus yang telah bertanggungjawab menguruskan aktiviti sejak awal dan berjaya mengembangkan bakat mereka ke bidang seni nyanyian.

Kumpulan ini mula dikenali dengan lagu Untukmu melalui kelahiran album pertama mereka pada tahun 1992.

Pada tahun 1994, Feminin telah menghasilkan album kedua yang berjudul Kini.

Ketika album ini diterbitkan, anggota Feminin hanya tingga empat orang setelah Along membuat keputusan meninggalkan kumpulan berkenaan atas alasan peribadi.

Namun nama Feminin tetap utuh di persada muzik tempatan apabila lagu yang berjudul Kini menjadi siulan peminat.

Selepas album Kembali dikeluarkan pada tahun 1996, Deq Nor pula membuat keputusan untuk menarik diri kerana ingin memberi tumpuan dan menjalani tanggungjawab sebagai isteri sepenuh masa.

Akhirnya, Feminin terpaksa akur dengan pembubaran secara rasmi pada tahun 1997 berikutan pengunduran anggotanya dan krisis ekonomi yang melanda negara pada ketika itu.

Kejayaan kumpulan pop berkumpulan wanita pertama Malaysia ini telah melakar sejarah kegemilangan dan menjadi perintis dengan kemunculan beberapa kumpulan pop wanita yang lain.

Kumpulan KRU merupakan pendorong utama kepada kejayaan Feminin apabila Yusri dan Edry menyumbangkan dua lagu hit iaitu Untukmu dan Kini.

Feminin menjadi trendsetter kepada peminat disebabkan imej mereka yang menjadi ikutan ramai pada ketika itu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments