Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAAnda mahu Feminin buat kemunculan khas di konsert KRU dan Elite??? Jom...

Anda mahu Feminin buat kemunculan khas di konsert KRU dan Elite??? Jom join survey ‘Like’ dan ‘Comment’ di Instagram @justfeminin

Kelab peminat setia Feminin, ‘justfeminin’ melancarkan survey ‘Like’ danComment’ di kalangan para peminat kumpulan yang cukup popular dengan lagu ‘Untukmu’ dan ‘Kini’.

Tinjauan yang dilakukan melalui laman Instagram ‘justfeminin’, berkaitan perancangan awal pihak KRU menjemput kumpulan pop wanita berkenaan untuk turut serta membuat kemunculan istimewa di konsert KRU dan Elite yang khabarnya bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Berita baik ini menjadi bualan hangat di kalangan para peminat setia Feminin apabila penyanyi utama, Asfarina atau As telah berkongsi paparan skrin di laman Instagram berhubung pelawaan Norman KRU menjemput kumpulan terbabit turut sama dalam menjayakan konsert yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Para pengikut dan peminat setia Feminin telah membanjiri di ruangan komen Instagram milik As melalui akaun @aa19_as menyatakan keterujaan mereka agar As dan rakan-rakan anggota yang lain bersetuju dengan pelawaan berkenaan.

Malah ada yang turut mengimbas memori di zaman kegemilangan kumpulan itu dengan membawa imej ‘hair clip’ dan potongan rambut pendek yang menjadi ikutan ramai dan ‘trendsetter’ pada ketika itu.

Feminin dianggotai oleh Asfarina atau As selaku penyanyi solo utama, Yatie berperanan sebagai vokal kedua berserta Watie, Deq Nor dan Along sebagai vokal harmoni.

Edd Razhe merupakan pengurus yang bertanggungjawab dan berjaya membawa kumpulan Feminin ke arena persada seni nyanyian sebagai kumpulan pop wanita popular era tahun 90-an.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments