Sunday, October 20, 2024
HomeBERITASuami tembak isteri sebelum bunuh diri

Suami tembak isteri sebelum bunuh diri

JERANTUT, 16 September – Gara-gara bertengkar dan tidak puas hati dengan agihan wang hasil jualan tanah, seorang pesara Pejabat Perhutanan Jerantut bertindak menembak mati isterinya sebelum menembak diri sendiri.

Lapor Berita Harian Ketua Polis Daerah Superintendan Mazlana Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ini, di Kampung Machang Raja Labu, Tembeling Tengah.

Katanya, polis menerima maklumat kejadian bunuh dan bunuh diri.

Beliau berkata, pesara Pejabat Perhutanan Jerantut, Baharuddin Abdul Aziz, 73, dipercayai menembak isterinya, Maimun Nong, 67, juga pesara Pejabat Perhutanan Jerantut.

“Penghuni rumah berdekatan terdengar dua das tembakan dan wanita minta tolong kerana cedera ditembak.

“Jiran membawa wanita itu ke Hospital Jerantut dan mangsa meninggal di Hospital Jerantut,” katanya.

Katanya, suami wanita itu mempunyai lesen senjata api dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, penyewa inap desa milik pasangan berkenaan, Ahmad Yassin Abdul Rahman, 52, berkata beliau letupan dan beberapa minit kemudian terdengar satu lagi letupan.

“Saya pergi ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya melihat seorang perempuan terbaring sambil minta tolong dan saya mengangkatnya untuk dibawa ke hospital,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments