Sunday, May 26, 2024
HomeBERITABantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai Selasa...

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai Selasa depan

KUALA LUMPUR, 16 September – Pembayaran fasa tiga dan fasa rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat, mulai Selasa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran bernilai RM2.2 bilion itu, dijangka memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

“Ia termasuk Bantuan Tunai Tambahan diumumkan kerajaan pada Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, pembayaran itu membabitkan penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas, bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang lulus rayuan BKM.

“Keseluruhan proses berkenaan dijangka selesai pada 27 September ini,” katanya.

Jelasnya sehingga September ini, sebanyak RM5.9 bilion sudahpun disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran ditetapkan.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, masih terdapat bayaran BKM fasa empat, bernilai RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember depan.

Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi pautan https://bkm.hasil.gov.my, mulai Selasa depan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments