Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPolis Thai serbu rumah tepi Sungai Golok, jejak penculik ejen jualan kosmetik

Polis Thai serbu rumah tepi Sungai Golok, jejak penculik ejen jualan kosmetik

KOTA BHARU, 16 September – Susulan kes penculikan ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat, petang Selasa lalu.

Polis Thailand kini melancarkan operasi bagi mengesan mangsa berkenaan.

Lapor Berita Harian, sumber pihak berkuasa Thailand, memaklumkan pihaknya turut membuat serbuan di sebuah rumah di pinggir Sungai Golok atau Takbai semalam.

Katanya, serbuan itu dibuat susulan maklumat yang diperoleh bahawa kediaman itu dihuni salah seorang suspek.

Bagaimanapun, ketika serbuan dilakukan, kediaman terbabit kosong, namun sumber berkenaan memberi jaminan, operasi akan dilakukan secara berterusan.

“Operasi mengesan mangsa akan diteruskan lagi berpandukan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Malaysia (Kelantan).

“Sebarang maklumat berkaitan akan disalurkan dari semasa ke semasa. Kita akan membantu mengesan mangsa yang dikatakan dibawa lari ke sini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian jam 5.10 petang Selasa lalu, mangsa dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments